Akidah yang tidak putus
Fakih
tersentak dari tidur bila telefon bimbitnya berbunyi. Jam menunjukan pukul 5.15
pagi. Dia bingkas bangun. Tak lama lagi azan subuh akan berkumandang dari
masjid-masjid yang terdekat. Solat fardhu subuh berjema’ah sangat besar
ganjarannya. Hatta ganjaran solat sunat subuh ibarat memperolehi dunia dengan
segala isinya. Belum lagi solat fardhu subuh.
Solat Sunnah Subuh
Dalam
kitab Fathul Mu’in, dijelaskan bahawa solat sunah subuh ini adalah 2 roka’at.
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, sunnah dipendekkan solat ini, dan
dibaca pada dua roka’atnya surah Al-Kaafiruun dan Al-Ikhlas. Ada juga yang
meriwatkan surah Al-Insyirah dan Al-Fiil. Tinggal lagi, sunnah berbaring
mengereng kekanan selepas mendirikan solat sunat subuh sebelum solat fardhu subuh.
”Kalau tidak berguru dan berkitab, mana nak jumpa sunah-sunah seperti ini.
Kalau orang macam aku ni cerita kat orang, sunah berbaring selepas solat sunah
subuh, alamat kena bid’ahlah”. Bisik hati Fakih. Masakan tidak, dia pernah
menghadiri satu kuliah maghrib dimana Ustaz yang memberi kuliah tersebut
menyatakan solawat keatas Nabi saw itu bid’ah. Meletakkan ungkapan Saiyidina
dihadapan nama Muhammad saw itu bid’ah. Yang jelas, mereka itu jahil. Begitulah
kata gurunya yang merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar.
”Jangan
berbahas dengan orang seperti itu. Sia-sia dan membuang masa. Sesiapa yang
berbahas dan berbalah atas masalah yang telah pun diselesaikan dan ditetapkan
hukumnya oleh para ulamak dahulu sesungguhnya dia telah diperdaya oleh Syaitan”.
Begitulah nasihat gurunya.
Isteri
Rasulullah saw, Saiyidatina Aisyah ra telah meriwayat kan
bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya; “ Dua rakaat solat Fajar lebih baik
daripada dunia dan seisinya
.” (Hadith diriwayat kan
oleh Muslim, Ahmad, At-Tarmizi, Ibnu Abi Syaibah, Abu ‘Uwamah dan al-Bahaiqi ). Dari riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud;“Sesungguhnya
dua rakaat solat Fajar lebih aku sukainya daripada dunia seluruhnya” (Hadith riwayat Ahmad,
Al-Bukhari dan Muslim .”
Malahan orang-orang yang
tertinggal solat sunat subuh ini dibolehkan dia mendirikannya dengan niat tunai
sebaik sahaja selesai memberi salam solat fardhu subuh. Sekiranya waktu subuh
sudah habis, dibolehkan dia mengqadho
solat sunat subuh tersebut. Sebahagian besar orang Melayu tidak mengetahui
hukum yang sedemikian itu. Sebaliknya, rata-rata orang Melayu berpegang pada
pendapat bahawa tiada solat selepas selesai solat fardhu subuh sehinggalah
masuk waktu dhuha. Sekiranya ada orang yang mendirikan solat selepas solat
fardhu subuh maka orang itu jahil. Pada hal dia sendiri yang sebenarnya jahil.
Sebuah hadith diriwayat kan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban, dari Qais
bin Qahd ra, bahawasanya dia pernah mengerjakan solat Subuh bersama Rasulullah
s.a.w., sedangkan dia belum mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelumnya. Setelah Rasulullah saw mengucapkan salam, dia pun mengucapkan salam menuruti
baginda Rasulullah saw. Selanjutnya, dia mengerjakan solat sunah Subuh dua
rakaat, sedang Rasulullah s.a.w. melihatnya, tetapi Baginda Rasulullah saw tidak
melarang-nya dari melakukan hal tersebut.”
Sebuah hadith lagi yang
diriwayat kan oleh at-Tarmidzi ra,
Rasulullah saw pernah bersabda yang mafhumnya, “Sesiapa yang tidak sempat
mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, (iaitu solat fajar atau
dinamakan juga solat qobliah subuh) maka hendaklah dia mengerjakannya setelah
matahari terbit.”
Hadith-hadith
diatas menunjukkan betapa besarnya hikmah, kelebihan dan tuntutan terhadap
solat sunat subuh,salah satu solat sunat rowatib yang tinggi martabadnya. Rugi
besar sesiapa yang meninggalkannya. ”Malangnya, ramai yang tidak mengerjakannya”
bisik hati Fakih.
Dalam
kitab Fathul mu’in, kitab feqah yang sederhana bagi mazhab Syafie, solat-solat
sunah telah disusun mengikut keutamaannya. Solat Sunnah Hari Raya ‘Aidil Adha
atau Hari Raya Korban adalah yang paling utama. Diikuti oleh Solat Sunnah Hari
Raya ‘Aidil Fitri, Solat Sunnah Gerhana Matahari, Solat Sunnah Gerhana Bulan
Istisqo’, Solat Sunnah Witir, Solat Sunnah 2 roka’at sebelum Solat Fardhu
Subuh, semua solat sunah Rawatib, Solat Sunnah Tarawih, Solat Sunah Duha, Solat
Sunnah Thawaf, Solat Sunnah Tahiyatul Masjid, Solat Sunnah Ihram dan akhir
sekali Solat Sunnah sesudah berwuduk.
Kebanyakan orang Melayu mengerjakan
solat sekadar ikut-ikutan. Buktinya jelas dibulan Romadhan. Betapa ramainya orang yang tidak mendirikan
Solat Sunnah Ba’diah ‘Isya’ atau Solat Sunnah selepas mendirikan fardhu ‘Isya’.
Mereka hanya duduk sementara menunggu Solat Sunnah Tarawih didirikan. Walhal,
mertabat Solat Sunnah Ba’diah ‘Isya’ itu lebih tinggi dari mertabat Solat
Sunnah Tarawih. Inilah yang dikatakan jahil. Jahil kerana tak mahu belajar.
Main ikut-ikut sahaja. Asalkan mengerjakan
solat, itu sudah memadai bagi mereka. Mereka tidak ambil kesah samada solat
yang dikerjakan itu sah atau batal. Apa lagi untuk memikirkan samada solat itu
diterima Allah atau tidak.
Itulah realiti orang
Melayu dizaman milenium. Mereka tidak tahu. Tidak tahu bahawa solat itu bukan
sekadar mengerjakannya. Mengerjakan solat adalah satu hal. Sah atau tidak, satu
hal lagi. Samada solat yang sah itu diterima oleh Allah adalah suatu hal yang
lain pula. Maknanya, walaupun rukun solat dipenuhi, belum tentu solat itu sah
disisi Allah. Banyak perkara yang berkaitan dengan solat perlu diperhatikan.
Bagaimana dengan wuduknya, sempurna ke tidak? Air untuk wuduk itu sendiri
adakah air mutlak? Adakah pakaian yang dipakainya bersih dari najis? Adakah
mandi wajibnya sah mengikut syarak? Sekiranya perkara-perkara diluar solat ini
tidak selesai mengikut syarak bermakna solatnya tidak sah.
Apatah lagi kalau solat
itu sendiri tidak sah, tidak mengikut kaedah, syarat dan rukunnya. Kalau tidak
sah pastinya ia tidak diterima oleh Allah. Jika solat tidak diterima oleh
Allah, bermakna serupalah ia dengan orang yang tidak mendirikan solat. Dosa
tidak mendirikan solat terlalu besar sehingga hukuman yang ditetapkan oleh
syarak adalah hukum mati dengan dipancung kepalanya! “Sebab itu masalah solat
ini tidak pernah habis dibicarakan, diulang-ulang dari dahulu hingga dunia
kiamat” Fikir Fakih.
Fakih pernah melihat
seorang pemuda mengerjakan solat. Pemuda itu memakai baju T pendek dan
berseluar panjang bertali pinggang. Semasa dia sujud, hujung baju T nya
terangkat dan terbentuk ruang antara tulang ponggongnya dengan pinggang
seluarnya. Bermakna auradnya telah terdedah ketika solat. Pemuda tersebut
mengerjakan solatnya sehingga selesai. Setelah berdoa pemuda tersebut bangun
beredar. Dia tidak mengetahui solatnya itu tidah sah,terbatal. Dia tidak
mengetahui bahawa dia belum lagi mendirikan solat seperti yang dituntut oleh
agama.
Fakih menghampiri pemuda
tersebut. Dia bertanggung-jawab untuk membetulkan kesilapan pemuda tersebut.
Jika tidak dibetulkan, ia akan berlarutan dan Fakih turut berdosa kerana tidak
melaksanakan tuntutan amal maaruf nahi mungkar. Setelah memberi salam Fakih menghampiri
dan memberitahu pemuda tersebut bahawa auradnya terbuka ketika dia mendirikan solat
sebentar tadi. Terpinga-pinga pemuda tersebut kehairanan. Masakan dia tidak
menutup aurad ketika solat. Dia pakai baju. Dia pakai seluar panjang. Sudah
bertahun dia solat begitu. Dengan
berhemah, Fakih menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan aurad. Fakih
menerangkan bahawa aurad lelaki dilihat dari arah atas kebawah atau dari kepala
kekaki. Tercengang pemuda itu mendengar penjelasan Fakih.
Sudah berbuih mulut
ustaz memberi peringatan: beramal hendaklah didahului dengan ilmu. Tanpa ilmu
ibadah tidak sah. Namun kebanyakan orang Melayu buat tak kesah, seperti halnya pemuda
tadi. Mereka tidak mempelajari cara solat yang betul, sekadar ikut-ikut sahaja.
Mereka tidak mempelajari Islam itu apa. Mereka Islam kerana keturunan. Oleh
kerana ibu bapa mereka orang Islam maka mereka merasa diri mereka Islam. Tetapi
disisi Allah, Allah sahaja yang maha tahu.
Mereka lebih terdorong
dengan hiburan, idola mereka para artis, para pemimpin politik, ahli sukan,
bukannya Rasulullah saw. Walhal Allah swt telah menjelaskan dalam surah
al-Ahzab ayat 21;
[33:21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Gaya hidup Orang Melayu
milenium lebih cenderung dengan gaya hidup dan meniru budaya orang barat.
Budaya dan gaya hidup yang tidak berlandaskan perintah dan ketetapan-ketapan
yang telah ditentukan oleh Allah, pencipta manusia itu sendiri. Masing-masing bermegah
dengan harta benda dan wang ringgit, dan berbalah pula dalam politik untuk
mendapatkan kuasa dan kemewahan. Inilah kenyataan yang paling sesuai untuk
menggambarkan keadaan kebanyakan orang Melayu dizaman milenium.
Saban
hari Fakih melihat kereta meluncur laju melintasi hadapan masjid semasa azan
dilaungkan. Mereka takut lambat sampai kepejabat. Maklumlah kesesakan jalan
raya sudah menjadi kebiasaan. Mereka lebih takut sampai lambat kepejabat dari takut
akan amaran Allah sekiranya mereka tidak mendirikan solat. Mereka seolah-olah
tidak berfikir bahawa maut boleh datang pada bila-bila masa. Belum tentu mereka
boleh sampai kepejabat masing-masing. Lebih teruk lagi, ada yang menjual
kueh-mueh, sebuk melayan pelanggan semasa azan dilaungkan. Seolah-oleh azan itu
tidak memberi apa-apa makna kepada mereka. Walhal masjid tak sampai 500 meter
dari tempat mereka berniaga.
Fakih
selalu tertanya-tanya didalam hatinya,”Tidakkah mereka ketahui bahawa sikap
yang sedemikian itu adalah ciri-ciri orang munafik”. Ciri-ciri itu telah mula
meresap dan bersarang dihati mereka. Ibarat titik-titik hitam diatas kertas
yang putih. Lama kelamaan seluruh kertas yang putih itu bertukar warna menjadi
hitam. Dari sebuah hadith Sahih Muslim, Jilid 2. Hadis Nombor 0612.
Dari 'Abdullah r.a., katanya:
"Menurut pengamatan kami, tidak ada orang yang tertinggal solat berjemaah,
kecuali orang munafik yang jelas nifaknya, atau orang sakit yang apabila pergi
solat harus dipapah oleh dua orang ke tempat solat. Sesungguhnya Rasulullah
saw. telah mengajarkan ajaran-ajaran agama (sunanal huda). Di antara ajaran agama itu
ialah solat berjemaah ke masjid, bila mendengar azan.
Berapa
kerat sahaja orang Melayu yang datang kemasjid atau surau untuk berjemaah
setelah azan dilaungkan? Bukahkah terlalu ramai orang Munafik dikalangan ornag
Melayu seperti maksud hadith tersebut, “..."Menurut pengamatan kami,
tidak ada orang yang tertinggal solat berjemaah, kecuali orang munafik yang
jelas nifaknya...”
“Tidak
kah mereka ketahui bahawa orang munafik adalah orang yang paling hina diakhiat
nanti? Mereka akan diazab dengan azab yang paling dahsyat
di Neraka Jahannam”. Bisik hati Fakih. Dalam surah an-Nisa’ ayat 10, Allah telah berfirman yang mafhumnya,
[4:10] Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan
kepada kamu (perintahNya) didalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu
mendengar ayat -ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh
kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka
sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya
(jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang
manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
Selanjutnya dalam ayat 145,
[4:145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu
ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam)
neraka. Dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
Kadang-kala Fakih
tertanya-tanya kepada dirinya sendiri, “Berapa ramaikah orang Melayu yang tahu
nama-nama neraka?” Walaupun persoalan ini remeh tapi ia boleh menjadi asas
untuk menilai sejauh mana orang Melayu tahu akan agamanya. Sejauh mana orang
Melayu mahu berusaha mencari ilmu untuk beramal. Bukankah amal tanpa ilmu, amal
tidak sah. Masakan tidak. Kalau tidak tahu membezakan mana air yang boleh
digunakan untuk berwuduk, macam mana nak dipastikan wuduknya sah? Kalau cara
mengambil wuduk pun tidak dipelajari, sekadar meniru-niru orang lain, tidak
tahu pun mana yang wajib mana yang sunat, macam mana nak dipastikan wuduknya
sah? Kalau perkara-perkara asas ini pun tidak dipelajari, macam mana dengan
solatnya?
Fakih berpendapat
sesiapa yang cuba mempelajari nama-nama Neraka dan jenis-jenis manusia yang
akan diseksa didalamnya, insya’allah dia akan berjumpa dengan beberapa pendapat
yang berbeda-beda. Kalau dia ingin memastikan pendapat mana yang lebih tepat, nalurinya
akan mendorong ia untuk mengkaji dan belajar. Dalam proses pembelajaran itu,
dia akan berjumpa dengan bermacam-macam lagi ilmu yang terkandung dalam
al-quran dan hadith. Bolehkah dianggap mempelajari nama-nama Neraka isu remeh?”
Fakih bersyukur kepada Allah kerana telah memberinya
berbagai-bagai nikmat. Dalam suatu kuliah maghrib, Allah telah memberikan
pengetahuan kepadanya tentang nama-nama neraka. Ustaz yang mengajar sekadar
menyampaikan ilmu-ilmu yang mereka ketahui. Mereka tidak mampu memberi pengetahuan
apatah lagi kefahaman kepada sesiapa pun. Yang memberi pengetahuan dan kefahaman
terutamanya dalam beragama hanyalah Allah. Contoh yang diberikan oleh ustaz
berkenaan amat berkesan dalam hatinya. “Pisau yang tajam tidak boleh memotong
timun. Yang membolehkan timun itu terpotong adalah Allah. Api dijadikan untuk
membakar. Tetapi dalam kesah Nabi Ibrahim as yang diikat atas unggunan kayu dan
dibakar, api yang marak menjulang tidak mampu membakar atau mencederakannya
walau sedikit pun. Api hanya akan membakar kalau dikehendaki oleh penciptanya
iaitu Allah”.
Berdasarkan
firman Allah yang dirakamkan dalam surah al-Hijr ayat
43 dan 44, nama-nama 7 pintu neraka yang terdapat dalam al-quran adalah Haawiyah,
Jahiim, Saqar, Ladzaa, Huthomah, Sa’ier, dan Wail.
Neraka Haawiyah yang
diperuntukkan untuk orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka
yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan.
Orang muslim laki dan perempuan yang tindak tanduknya tidak sesuai
dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menjaga
auratnya, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat
tinggalnya. Dalam surah al-Qaari’ah ayat
8 hingga 11 Allah menyat akan yang
mafhumnya,
[101:8]
Sebaliknya orang yang ringan timbangan
amal baiknya, -
[101:9] Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
[101:10] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
[101:11] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
[101:9] Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
[101:10] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
[101:11] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
Neraka Saqar dijadikan
sebagai penjara dan tempat seksaan untuk orang-orang yang menolak al-quran dan
hadith. Dalam surah al-Muddassir, Allah
menceritakan bahawa dia akan memberikan kepada golongan manusia yang degil dan
lantang menentang ayat -ayat Allah yakni al-quran, yang disampaikan Nya
melalui Nabi Muhammad saw, harta kekayaan yang banyak, anak pinak yang ramai,
rakan taulan yang sentiasa berada disekeliling mereka, malah Allah
mempermudahkan bagi mereka untuk mendapat kekayaan dan kekuasaan dengan
semudah-mudahnya. Golongan ini sangat tamak dan sentiasa meminta supaya Allah
menambahkan lagi kesenangan yang telah mereka perolehi. Disebalik kemewahan
yang melimpah-ruah serta kekuasaan yang mereka peroleh, mereka ini amat benci
akan al-quran. Mereka sentiasa memikirkan berbagai-bagai cara untuk mencaci al-quran, dan mereka-reka
tuduhan terhadap al-Quran seperti hukum-hakam yang termaktub didalamnya dikatakan sudah
ketinggalan zaman, hanya sesuai untuk zaman orang menggunakan unta sebagai
kenderaan. Mereka kata al-quran itu
sihir rekaan manusia.
Mereka tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mendirikan
solat. Tidak pernah memberi makan orang-orang miskin. Selalu mengambil bahagian
memperkatakan perkara yang salah seperti mencaci ayat -ayat al-quran, memfitnah orang-orang yang berusaha
untuk menegakkan Islam, menakut-nakutkan orang tentang Islam seperti
perlaksanaan hukum hudud dan seumpamanya. Mereka bersekongkol dan berkerja-sama
dengan orang-orang yang memperkatakannya iaitu orang-orang yang
memburuk-burukkan al-quran, dan sentiasa mendustakan hari pembalasan yakni
manusia tidak akan hidup semula selepas mati. Disebabkan
kekufuran mereka itu, Allah akan
menyeksa mereka dengan azab yg sangat berat didalam neraka Saqar.
Allah berfirman yang dirakamkan dalam surah al-Muddaththir
ayat 11 hingga 26, dan ayat 42 hingga 46 mafhumnya,
[74:11]
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad)
biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia
(dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
[74:12] Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
[74:13] Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
[74:14] Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
[74:15] Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
[74:16] Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat -ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul
Kami).
[74:17] Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
[74:18] Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
[74:19] Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
[74:20] Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
[74:21] Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
[74:22] Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
[74:23] Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
[74:24] Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
[74:25] ”Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
[74:26] (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
[74:12] Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
[74:13] Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
[74:14] Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
[74:15] Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
[74:16] Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan a
[74:17] Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
[74:18] Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
[74:19] Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
[74:20] Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
[74:21] Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
[74:22] Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
[74:23] Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
[74:24] Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
[74:25] ”Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
[74:26] (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
[74:42](Setelah melihat
orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan
kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
[74:43] Orang-orang yang bersalah itu
menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan
sembahyang;
[74:44] Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
[74:45] Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
[74:46] Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
[74:44] Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
[74:45] Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
[74:46] Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
Neraka Huthomah
dijadikan sebagai kediaman untuk
orang-orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, dan perak tetapi tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina
orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan
dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Allah telah berfirman seperti yang tercatat dalam surah
al-Humazah ayat 1 hingga 9
mafhumnya,
[104:1] Kecelakaan besar bagi
tiap-tiap pencaci, pengeji,
[104:2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
[104:3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
[104:4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
[104:5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
[104:6] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
[104:7] Yang naik menjulang ke hati;
[104:8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
[104:9] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintan g panjang.
[104:2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
[104:3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
[104:4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
[104:5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
[104:6] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
[104:7] Yang naik menjulang ke hati;
[104:8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
[104:9] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang mel
Keadaan manusia didalam
Neraka digambarkan oleh Allah dalam surah Faathir ayat
37, mafhumnya,
[35:37] Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu
(sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini);
kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah
kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan
umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh
sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh
Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana
orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan
pertolongan".
Fakih
tersentak bila telefon bimbitnya berbunyi lagi. ”Astagfirullah.. aku terlupa
untuk membatalkan kekunci alarm clock telefon ni”. Lalu dia menekan kekunci
ditelefon bimbitnya. Kalau dulu orang menggunakan jam loceng, tapi sekarang ini
dia menggunakan telefon bimbit sebagai jam loceng. ”Memang telefon bimbit ini
sangat berfaedah. Tapi kalau disalahgunakan pun masalah juga” bisik hatinya.
Berapa ramai remaja Melayu yang ada telefon bimbit. Hingga budak sekolah rendah
pun ada yang membawanya kesekolah. Masalahnya, telefon bimbit ini sudah menjadi
alat permainan elektronik yang melalaikan, membuan g
masa dan menghabiskan umur dengan sia-sia. Benar sungguhlah apa yang
difirmankan oleh Allah dalam surah al-’Asr. Bisik hati Fakih.
Dalam
perjalanan kemasjid, Fakih melihat beberapa buah gerai tepi jalan menjual
kueh-mueh dan nasi lemak sedang dikerumuni oleh pelangan. Kesemuanya orang
Melayu kerana kawasan tersebut didiami sebahagian besarnya orang Melayu. Ada
antaranya dalam perjalanan untuk pergi berkerja. Masjid yang terletak ditepi
jalan kelihatan terang benderang dari jauh. Tetapi kereta-kereta yang
melintasinya tiada yang berhenti. ”Apalah salahnya kalau berhenti dan solat
subuh berjemaah dahulu”. Bisik hati Fakih. ”Hendaklah engkau berbaik sangka”.
Terlintas pula bisikan itu dihatinya. Cepat-cepat dia beristigfar
”Astagfirullahal’azim”.
Abul
Laits As-Samarqandi telah menulis dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin bahawa
manusia diwaktu pagi ada tiga macam; ada yang mencari harta, ada yang mencari
dosa, dan ada yang mencari jalan. Adapun yang sibuk mencari harta, hendaklah
dia ketahui bahawa apa yang dapat dimakannya tidak akan melebihi rezekinya
walaupun hartanya bertimbun-timbun. Yang berpagi-pagi sibuk mencari dosa
hendaklah dia ketahui bahawa ia pasti mendapat kehinaan. Sementara orang yang
mencari jalan akan mendapat rezeki dan jalan yang menuju keredhaan Allah. Jika
kamu berada diwaktu pagi, jangan berasa akan sampai kepetang, dan jika berada
diwaktu petang jangan berasa akan sampai kepagi, gunakan kesempatan semasa
hidup sebelum mati, dan sihat sebelum sakit.
Kalau
ditanya orang Melayu, kenalkah mereka siapa Abul Laits As-Samarqandi? Kalau
dapat 1% pun dah ok. Kalau ditanya sama mereka kenal Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri P Ramli, pemain bola
Ronaldo, pemain bola Wayne Rooney kalau tak 100%, 99% dah tentu kenal punya. Ini
dilema orang Melayu yang sebenar. Mereka telah kehilangan identiti dan jati
diri. Semunya berpunca dari mengambil mudah hal agama. Ajaran Islam sudah
kembali asing. Fakih berkata-kata dalam hatinya.
Sesampainya
dimasjid, dilihatnya beberapa orang jemaah sedang rancak berbual. Ia berlainan
dari kebiasaan. Oleh kerana waktu subuh sudah hampir maka tidak mempedulikan
kumpulan-kumpulan jemaah tersebut. Dia terus melangkah masuk kepintu masjid
sambil mengamalkan adab-adab yang diajar oleh para ulamak bila masuk kemasjid.
Adab-adab semasa masuk kemasjid ini sudah banyak yang tidak diamalkan lagi.
Masakan tidak, sebahagian besar anggota masyarakat hari ini memang tidak tahu
pun adab-adab ketika masuk kemasjid. Kalau ada 50 orang jemaah, payah nak jumpa
walau seorang pun yang mengamalkan adab-adab tersebut. Jarang sekali Fakih
lihat jemaah yang melangkah masuk dengan kaki kanan dan berhenti sebentar
berdoa sebelum terus masuk kedalam masjid. Begitu juga ketika keluar dari pintu
masjid. Jarang sekali yang keluar dengan kaki kiri, berhenti sebentar dan
berdoa sebelum terus meninggalkan masjid. Pada pandangan Fakih, semuanya ini
disebabkan kejahilan anggota masyarakat tentang beragama. Tidak hairanlah kalau
ada yang berpendapat adab-adab ini perkara yang remeh temeh tak perlu
diperbesarkan.
Selesai
sahaja imam memberi salam, beberapa orang jemaah bangun meninggalkan tempat
solat. Ada yang terus keluar dari masjid dan ada juga yang duduk semula
dibeberapa sudut masjid dan berzikir. Keadaan seperti ini Fakih dapati sudah
menjadi kebiasaan dimana-mana masjid atau surau. Tidak hairanlah sekiranya
orang Melayu tidak dapat bersatu hati, masing-masing berbangga mempertahankan
pendapat masing-masing. Malahan ramai juga Imam yang tidak mengamalkan
adab-adab selepas memberi salam sepertimana yang diajar oleh ulamak-ulama tua. Zikir-zikir
yang diajar oleh ulamak-ulamak tua seperti yang terdapat dalam kitab-kitab
lama, jarang sekali diamalkan. Sebaliknya, ada yang mereka-reka zikir sendiri
dan berlagu-lagu. Ada juga imam yang berzikir dengan kuat. Dia tak peduli
walaupun ada makmum masbuk yang masih solat. Walhal berzikir itu ada adabnya...
Sebelum
Fakih keluar masjid, dia bertembong dengan beberapa orang jemaah yang
bersembang seolah-olah menyambung cerita yang dibicarakan sebelum solat tadi.
”Assalamualaikum
Wak” Fakih memberi salam sambil menghulur tangan bersalaman.
”Wa’alikum mus salam” Wak Karman menjawab. Selepas bersalam dengan Wak Karman, Fakih bersalaman pula dengan tiga orang jemaah yang rancak bersembang dengan Wak Karman.
”Apa halnya Wak. Macam ada yang special hari ni?” tanya Fakih.
”Tengah Malam tadi, budak-budak kita sudah dapat menangkap pencuri tabong masjid” jelas Wak Karman.
”Ye ke... ini suatu kejayaan ni” kata Fakih. Budak-budak yang dimaksudkan oleh Wak Karman adalah sekumpulan remaja dari anak kariah masjid yang telah menubuhkan Kelab Remaja Masjid. Rupa-rupanya malam tadi mereka berjaga-jaga untuk mengawasi tabung masjid dari dicuri.
Kecurian wang
dari tabung masjid telah beberapa kali disedari oleh AJK Masjid. Dari
kesan-kesan yang dijumpai, sipencuri tersebut memancing wang didalam peti besi menggunakan
dawai yang digulung dihujungnya dan dilekatkan gula-gula getah. Sanggup mereka
mencuri wang yang diinfakkan oleh orang-orang yang mencari redo Allah. Tidak
takutkah mereka dengan seksaan neraka Jahannam yang telah dijanjikan oleh
Allah. Disebabkan perbuatan mereka itu, tangan mereka sepatutnya dipotong
sebagai hukuman dan pengajaran seperti yang ditentukan oleh Allah.
”Mereka
berjaya menangkap seorang sahaja. Yang dua lagi dapat melepaskan diri dengan
meredah pagar tu..” Wak Karman nunjuk kearah pagar yang hampir roboh.
”Polis datang dan bawa dia kebalai... budak lagi orangnya... bawah umur” tambah Wak Karman.
”Macam mana budak tu... kena belasah ke?” tanya Fakih.
”Mesti ler kena belasah... nasib baik tak mati’ Jelas Wak Karman.
”Budak-budak penagih tu” sampok Hj Samin sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
”Tak tahulah apa nak jadi dengan orang Melayu sekarang ni. Yang ramai jadi penagih... orang melayu. Yang ramai jadi Mat Rempit .. orang Melayu. Bohjan.. tomboy... penkit.. orang Melayu. Yang
”Orang Melayu Pak Man.... bukan Orang Islam. Kalau Orang Islam, dia tak buat kerja macam tu.” Sampuk Pak Majid pula.
”Tajam maksud engkau Jid ” jawab Pak Man sambil tersengeh.
”Betul ler tu Man. Orang Melayu yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya tak kan buat kerja-kerja dosa macam tu” kata Wak Karman.
”Kita tengok ler kariah majid kita ni. Tak kurang dari 300 keluarga yang berdaftar sebagai anak kariah. Tapi yang datang solat berjemaah berapa kerat sangat. Pagi tadi dua saf, tak sampai pun 100 orang yang datang solat subuh. Yang lain tu pergi mana? ” Sambung Wak Karman. ”Macam-macam program telah dijalankan. Kuliah Subuh, kuliah Maghrib, forum perdana, pengajian al-quran dan hadith... cuba cakap. Apa lagi program yang kita tidak jalankan untuk menyedarkan jemaah kita supaya kembali mengha
”Mungkin ada yang kita terlepas pandang dengan program-program yang kita jalankan itu. Kuliah-kuliah subuh dan maghrib tu lebih tertumpu kepada isu-isu umum. Apatah lagi Forum Perdana. ” sampok Fakih.
”Apa maksud engkau?” Tanya Hj Samin.
”Maksud saya, isu-isu umum tu, isu-isu yang difikirkan oleh penceramah itu sendiri. Memanglah seronok mendengar penceramah-penceramah tu bercerita, tapi adakah ia memberi kesan dalam hati kita. Minta maaf kalau saya kata, kadang-kadang saya rasa penceramah-penceramah tu seronok sendiri. Saya pernah menghadiri suatu ceramah selepas solat Maghrib. Tapi bukan di masjid kita ni. Kalau Tuan Hj tengok, penceramah tu seolah-olah dah jadi Badut, Pak Lawak. Gelagatnya dan kata-katanya memang lawak sungguh. Riuh-rendah gelak ketawa dalam masjid. Saya sendiri pun berair-air mata menahan gelak. Agak-agaknya betul ke cara berceramah macam tu?” Fakih seolah-olah berceramah pula. Masing-masing terdiam.
”Dapat seronok ketawa sahaja ler... ilmu entah kemana. Silap-silap bertambah hitam hati. Banyak ketawa mematikan hati. Allah sendiri menegor orang yang banyak ketawa. Kalau tak silap akulah, ada a
”Itulah maksud saya Tuan Hj. Pada saya, ada baiknya kalau kuliah-kuliah subuh dan maghrib tu kita gunakan untuk mempelajari kitab-kitab kuning untuk mendalami agama” sambung Fakih.
”Pandangan
engko tu baik, tapi lebih baik kalau dibuat betul-betul. Jangan buat sebulan
sekali macam yang kita buat sekarang ni. Ilmu Tauhid contohnya. Kitab akidah
ahlul sunnah wal jamaah. Sebulan sekali, malam rabu minggu pertama setiap
bulan. Kalau kitab tu dibuka sebulan sekali, apa yang boleh kita belajar? Apa
yang dipelajari pada bulan lepas, dah lupa dah. Tambahan pula kalau tak bawa
kitab semasa belajar.” kata Pak Man pula.
”Aku
ada bercakap dengan AJK Masjid, mengapa kita tidak mengkhususkan sesuatu hari
dalam seminggu satu kitab. Contohnya, hari Isnin, kitab tauhid, hari selasa
fekah, hari rabu tasauf dan macam tu lah seterusnya. Dengan cara itu kita dapat
belajar sesuatu kitab satu minggu sekali. Tapi....” kata-kata Hj Samin terputus
disitu disampok Pak Man.
”Tapi
apa tuan haji?” tanya Pak Man.
”Ish.....aku
belum habis cakap engko dah potong.. Macam ni, mereka kata, mereka pun ada
bercadang macam tu, tapi mereka tak dapat cari guru yang boleh mengajar
tiap-tiap minggu macam tu. Ustaz-ustaz yang ada sekarang ini, program pengajian mereka dah penuh setiap
bulan. Hari ini dimasjid ini, besok dimasjid sana, lusa dimasjid sinun dan
macam tu lah seterusnya. Jadi, mereka hanya dapat mengajar sekali sahaja dalam
sebulan.” jelas Hj Samin.
”Itu
salah kita juga.” celah Wak Karman.
”Macam
mana pula?” tanya Pak Man.
”Kalau
semua masjid dah buat program sebulan sekali untuk sesaorang penceramah,
memanglah jadi macam tu. Program tu bukan penceramah yang rancang, AJK Masjid
yang rancang”. Jelas Wak Karman.
”Betul
juga Wak” Sokong Hj Samin.
”Perkara macam ini boleh dibincangkan dengan penceramah dan AJK masjid-masjid yang terlibat supaya program boleh diselaraskan” kata Wak Karman.
”Agak-agaknya
ler Pak Man, kalau kita tanya orang-orang Melayu sekarang ini secara rambang,
siapa itu Allah, apa agaknya jawapan yang mereka beri” Tanya Fakih.
”Tentulah Allah tu Tuhan yang kita sembah”.jawab Pak Man.
”Macam-mana kalau Orang China yang belum Islam bertanya kepada kita, Allah itu macam mana? Apa yang patut kita jawab?” Tanya Fakih.
”Kita jawablah macam yang kita faham. Allah itu wujud, kidam, baqa’, maha esa, maha kaya. Macam tulah” jawab Pak Man.
”Kalau dia tanya maha kaya tu macam-mana?” tanya Fakih lagi.
”Takkan engko tak tahu. Maha kaya tu maksudnya, seluruh alam ni dia yang punya.” jelas Pak Man.
Fakih mengangguk-anggukkan kepalanya. ”Setakat itukah agaknya kefahaman orang Melayu tentang tuhan mereka. Allah itu tuhan dan tuhan itu Allah?” bisik hati Fakih.
”Sebenarnya, ramai orang Melayu yang tak belajar betul-betul ilmu tauhid. Kalau mereka belajar ilmu tauhid, tiada siapa yang berani mempersenda-sendakan a
”Apa
perbezaan antara wajib ’ain dan wajib kifayah?” tanya Wak Karman.
Pak
Man, Hj Samin dan Fakih terdiam. ”Fardhu ’ain dan Fardhu kifayah tahulah saya
Wak. Istilah Wajib ’ain dan Wajib kifayah, entahlah” jawab Fakih.
”Sebab
itu kita kena belajar, baca kitab-kitab agama yang dikarang oleh ulamak-ulamak
dulu. Macam-macam istilah lagi yang mungkin kita tak tahu, walhal, sebagai
seorang Islam kita kena tahu dan faham maksudnya”. Kata Wak Karman lagi.
”Itu
lah Wak. Kadang-kadang saya merasakan masih jahil lagi dalam ilmu-ilmu islam
ini.” kata Fakih.
”Itu sifat
yang terpuji sebagai seorang hamba Allah” kata Wak Karman. ”Setengah orang
Melayu ni, kalau kita kata dia jahil dalam agama, marah betul dia. Kalau kita
merasakan diri kita ini masih jahil dalam agama bermakna kita tidak sombong
dengan ilmu yang kita ada. Kita sedar kita ini siapa. Tiada yang sempurna
melainkan Allah.” kata Wak Karman.
Wak Karman
serterusnya menerangkan siapa itu Allah. Allah adalah nama bagi zat yang wajibul wujud yang
wajib disembah yang memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan dan bersih dari segala
sifat-sifat kekurangan.
Apakah yang
dimaksudkan dengan sifat-sifat kesempurnaan?
Maksudnya; maha kaya dari tiap-tiap sesuatu dan tiap-tiap sesuatu itu berhajat atau berkehendak kepadanya.
Maksudnya; maha kaya dari tiap-tiap sesuatu dan tiap-tiap sesuatu itu berhajat atau berkehendak kepadanya.
Apakah maksud maha
kaya?
Maksudnya; ia tidak
mengambil apa-apa faedah dari apa-apa yang dilakukannya: samada apa-apa yang
dirancangnya, alam yang diciptakannya mahupun peraturan dan hukum-hakam yang telah ditentukannya terhadap alam yang
diciptakannya.
Apakah maksud
tiap-tiap sesuatu berhajat kepadanya?
Maksudnya: tiap-tiap sesuatu
tidak boleh mengadakan benda yang tiada.
Bagaimana kita
tahu siapa zat yang bersifat sedemikian?
Allah telah melantik para nabi dan rasul untuk
mengajar manusia untuk mengenalinya. Tidak kurang dari 313 rasul dari kalangan
manusia telah ditugaskan oleh Allah untuk mengajar manusia bahawa ia (Allah)
adalah Tuhan yang tunggal dan maha esa. Allah menjelaskan kepada manusia bahawa
sesungguhnya manusia yang pertama yang diciptakannya adalah seorang lelaki yang
dinamakan Nya sebagai Adam. Kemudian diambilnya satu dari tulang rusuk Adam dan
jadikan Nya pula manusia yang kedua iaitu seorang perempuan yang dinamakannya
sebagai Hawa atau Eva. Semuanya
terdiam semasa Wak Karman berceramah.
”Ini baru boleh dinamakan kenal Tuhan”, bisik hati Fakih.
Wak Karman terus
berceramah. ”Allah memberitahu kita, manusia yang pertama yang dicipta Nya
adalah seorang lelaki yang dinamakan Nya Adam. Kemudian diambilnya satu dari
tulang rusuk Adam dan jadikan Nya pula manusia yang kedua iaitu seorang
perempuan yang dinamakannya Hawa atau Eva.
Maknanya, kalau ada pendapat yang lain, semuanya itu sekadar pendapat yang sesuai dengan sifat manusia yang serba kekurangan”.
Maknanya, kalau ada pendapat yang lain, semuanya itu sekadar pendapat yang sesuai dengan sifat manusia yang serba kekurangan”.
”Ahli Sains kata
berlakunya evolusi dan dari evolusilah manusia lahir kedunia. Macam-mana Wak
nak jawab?” tanya Pak Man menguji.
”Aku percaya
evolusi itu berlaku tapi bukan seperti yang difaham oleh Ahli-Ahli Sain Barat.
Pada aku, evolusi itu sunatullah atau peraturan yang telah ditentukan oleh
Allah. Tetapi, apabila Allah telah menjelaskan bahawa manusia yang pertama
adalah Adam dan yang kedua adalah Hawa maka tidak perlu lagi kita
berbantah-bantah tentang kejadian manusia.” jelas Wak Karman.
”Engkau perasan
tak, Malaikat bertanya kepada Allah tentang penciptaan manusia. Malaikat
mengadu kepada Allah, adakah Allah hendak mencipta suatu makhluk lain yang akan
membawa banyak kerosakan dimuka bumi ini sedangan mereka tu, golongan Malaikat
adalah makhluk-makhluk yang sangat patuh kepada perintah Allah. Soalannya
disini, macam mana Malaikat tahu makhluk yang Allah nak ciptakan tu akan
melakukan banyak kerosakan dimuka bumi sekiranya Malaikat tidak mengenali
makhluk ini?” tanya Wak Karman.
”Betul juga Wak”
sokong Hj Samin.
”Aku nak tanya.
Dari penciptaan Nabi Adam as sampai ke zaman kita ni, berapa tahunkah agak
nya?” Tanya Wak Karman lagi.
”Lebih kurang
6,000 tahun ke 7,000 tahun kot” celah Fakih.
”OK. Ahli Sains
dalam bidang Arkeologi menemui kesan-kesan manusia zaman batu. Berapa jarak
masa antara manusia zaman batu dengan zaman kita ni?” Tanya Wak Karman.
”Ada yang
mengatakan 3 juta tahun Wak” jawab Fakih.
”Hmmm.. bukankah
jelas tu. Sebelum Allah mencipta Nabi Adam as, telah wujud makhluk yang
menyerupai manusia. Malaikat telah melihat perbuatan makhluk tersebut. Oleh
kerana ruba bentuk Nabi Adam lebih kurang makhluk tu, maka mereka menjangka
makhluk yang baru dicipta Allah ini pun berkelakuan lebih kurang macam makhluk
tu. Sebab itu mereka berani bertanya kepada Allah” jelas Wak Karman.
”Logik juga
pendapat Wak ni” kata Hj Samin.
”Dah memang pun.
Kalau manusia tidak menjalani kehidupan sebagaimana yang disyari’atkan oleh
Allah,maka tingkah laku mereka pun macam makhluk itu juga. Tengoklah disekitar
kita. Gunung yang tinggi pun dah jadi botak ditarah mereka. Lebih teruk lagi,
mereka bina bandar maksiat dipuncak gunung tu. Berduyun-duyunlah manusia
melakukan maksiat terhadap Allah” keluh Pak Man.
”Itu pendapat aku
dan aku yakin manusia zaman batu seperti yang dikategorikan oleh ahli-ahli sain
tu, bukanlah manusia dalam erti kata yang sebenarnya. Tiada syari’at diturunkan
kepada mereka. Makhluk yang dinamakan manusia bermula dari Nabi Adam. Kita ni
adalah keturunan dari Adam dan Hawa. Kalau ada yang masih mengatakan manusia
berasal dari berok, lantak dia orang lah. Tapi, bila dikatakan dia berok, marah
pulak dia.” kata Wak Karman.
Manusia mesti
menyedari bahawa mereka adalah makhluk yang dicipta oleh Allah dan bukannya
lahir melalui proses evolusi dari berok atau binatang. Allah telah mencipta
manusia dan diberi Nya berbagai ciri yang unik yang tidak dipunyai oleh
makhluk-makhluk Nya yang lain. Disamping itu, manusia juga dibekalkan dengan
sifat-sifat kekurangan, yang membawa maksud bahawa manusia itu sebenarnya
hamba. Hamba kepada pencipta manusia itu sendiri.
Antara ciri-ciri yang unik yang dibekalkan oleh Allah swt kepada manusia adalah akal dan kuasa untuk memilih. Manusia diberi pilihan samada untuk mematuhi atau tidak peraturan-peraturan dan hukum-hakam yang telah ditetapkannya. Sebab itu, wujudnya konsep dosa dan pahala. Bagi mereka yang mematuhi perintah-perintah Allah, mereka diberi pahala. Sebaliknya, mereka yang enggan dan ingkar dari mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah itu, mereka mendapat dosa. Ini juga bermakna, manusia dihidupkan didunia dalam suatu tempoh yang tertentu, sebenarnya adalah untuk menjalani ujian. Bagi mereka yang berjaya dalam ujian hidup ini, mereka akan diberi ganjaran yang sungguh istimewa iaitu dapat menduduki Syurga yang penuh dengan segala kenikmatan. Tetapi bagi mereka yang gagal pula akan dilemparkan ke Neraka yang penuh dengan seksaan dan kesengsaraan apabila tiba masanya kelak.
Dalam surah Tho-ha ayat 15, Allah berfirman yang mafhumnya:
Walaupun manusia itu adalah hamba kepada penciptanya, tetapi atas limpah kurniaan Allah swt, manusia itu dijadikannya sebagai hamba yang merdeka. Ini tidak pula bermakna merdeka yang bebas tanpa batasan. Merdeka disini bermaksud bebas memilih antara menghambakan diri kepada Allah atau tidak. Menghambakan diri kepada Allah bermaksud berserah diri kepada Allah secara total, iaitu mematuhi segala yang diperentahkan samada dalam bentuk suruhan atau tegahan.
Antara ciri-ciri yang unik yang dibekalkan oleh Allah swt kepada manusia adalah akal dan kuasa untuk memilih. Manusia diberi pilihan samada untuk mematuhi atau tidak peraturan-peraturan dan hukum-hakam yang telah ditetapkannya. Sebab itu, wujudnya konsep dosa dan pahala. Bagi mereka yang mematuhi perintah-perintah Allah, mereka diberi pahala. Sebaliknya, mereka yang enggan dan ingkar dari mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah itu, mereka mendapat dosa. Ini juga bermakna, manusia dihidupkan didunia dalam suatu tempoh yang tertentu, sebenarnya adalah untuk menjalani ujian. Bagi mereka yang berjaya dalam ujian hidup ini, mereka akan diberi ganjaran yang sungguh istimewa iaitu dapat menduduki Syurga yang penuh dengan segala kenikmatan. Tetapi bagi mereka yang gagal pula akan dilemparkan ke Neraka yang penuh dengan seksaan dan kesengsaraan apabila tiba masanya kelak.
Dalam surah Tho-ha ayat 15, Allah berfirman yang mafhumnya:
[20:15] Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan.
Walaupun manusia itu adalah hamba kepada penciptanya, tetapi atas limpah kurniaan Allah swt, manusia itu dijadikannya sebagai hamba yang merdeka. Ini tidak pula bermakna merdeka yang bebas tanpa batasan. Merdeka disini bermaksud bebas memilih antara menghambakan diri kepada Allah atau tidak. Menghambakan diri kepada Allah bermaksud berserah diri kepada Allah secara total, iaitu mematuhi segala yang diperentahkan samada dalam bentuk suruhan atau tegahan.
Sekiranya manusia tidak menghambakan diri kepada Allah, tidak percaya bahawa Tuhan yang sebenar-benarnya adalah Allah, dan mencari sesuatu yang lain untuk dijadikan Tuhan, dia tetap terikat kepada Allah. Samada suka atau terpaksa, samada sedar atau tidak, manusia kesemuanya tetap terikat kepada Allah. Suatu masa nanti pasti akan dikembalikan kepada Allah. Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia.
Sebab itu ber
Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Sesungguhnya, Tuhan yang menciptakan alam ini adalah Allah. Tuhan yang tunggal. Tuhan yang maha esa, maha bijaksana, yang tiada sekutu baginya, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dia tidak memerlukan pembantu untuk mentadbir alam ini. Kerana itu hanya Allah sahajalah Tuhan yang sewajarnya disembah. ”Malangnya kebanyakan orang Melayu tidak berpegang sungguh-sungguh dengan ajaran Islam. Ada yang ambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Berapa puluh ribu dah murtad. Ramai juga yang mempertikaikan hukum-hakam ketentuan Allah.” keluh Fakih.
“Mengapa Wak tak
mengajar. Rasa-rasanya Wak layak mengajar?” Tanya Hj Samin.
”Aku rasa aku
belum layak lagi untuk dipanggil Ustaz. Tambahan pula aku tak ada taulih dari
Jabatan Agama”. Jawab Wak Karman selamba.
”Tauliah tu kena
pohon Wak. Wak buat lah permohonan kepada Jabatan Agama” cadang Pak Man.
”Ada kena nas
dalam al-quran atau hadis yang mengatakan kita kena buat permohonan kepada
sesiapa sebelum kita boleh mengajar ilmu-ilmu Islam?” tanya Wak Karman.
”Kalau macam tu,
pedulikan sahaja peraturan-peraturan yang dibuat-buat oleh manusia. Wak mengajar
aje.” kata Fakih pula.
”Mengajar tu
sebenarnya adalah kewajipan bagi tiap-tiap orang Muslim. Sampaikan ilmu-ilmu
Islam sekadar yang kita tahu walaupun satu ayat .
Aku mengajar macam ni lah. Sambil-sambil bersembang macam ni, aku sampaikan
apa-apa yang aku tahu. Orang tanya, aku jawab kalau aku tahu. Itu cara aku...:
Kalau engko orang rasa ada yang tak betul, engko orang kena beritahu aku supaya
kita boleh merujuk semula kepada kitab-kitab yang berkenaan atau kepada Ustaz
yang lebih arif.” kata Wak Karman.
”Betul tu Wak, bersama-sama
kita berpesan-pesan dengan kebenaran. Saya mohon diri dulu. Selepas Maghrib
nanti ada Kuliah Maghrib. Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz, bekas pendakwah
kristien akan memberi kuliah. Rugi rasanya kalau tidak menghadiri kuliah tu.”
kata Fakih. Fakih bersalaman dengan mereka dalam melangkah menuju kerumahnya.
No comments:
Post a Comment