Pertikaian Penggunaan Nama Allah
Jam dah hampir pukul 9.30 malam. Ramai jemaah sudah beransur keluar dari masjid untuk pulang kerumah masing-masing. Kuliah Maghrib tadi banyak juga memberi pengetahuan baru kepada Fakih. Dari penjelasan Ustaz tadi jelas menunjukkan betapa kekecohan dikalangan orang Melayu berkaitan dengan penggunaan nama Allah oleh orang kristian boleh diibaratkan sebagai membuka pekong didada, mendedahkan kejahilan orang Melayu sendiri dalam beragama. Masakan tidak! Orang Melayu menentang orang kristian menggunakan perkataan Allah sedangkan mereka, orang-orang kristian telah pun menggunakan perkataan tersebut didalam kitab-kitab mereka lebih dari 1400 tahun dahulu. Mereka telah menggunakan istilah itu sejak tahun 700 M.
”Bagaimanakah
keadaan orang Melayu sekitar tahun 700M” bisik hati Fakih.
”Setelah sekian lama orang-orang kristian menggunakan istilah itu, tiba-tiba orang Melayu dizaman milenium ini mempertikaikan mereka menggunakan istilah itu”. Bisik hati Fakih lagi. Semasa melangkah keluar dewan solat, dia ternampak Wak Karman sedang duduk bersandar di suatu sudut masjid.
”Setelah sekian lama orang-orang kristian menggunakan istilah itu, tiba-tiba orang Melayu dizaman milenium ini mempertikaikan mereka menggunakan istilah itu”. Bisik hati Fakih lagi. Semasa melangkah keluar dewan solat, dia ternampak Wak Karman sedang duduk bersandar di suatu sudut masjid.
"Assalamualaikum Wak’. Fakih memberi salam sambil berjabat tangan dengan Wak Karman.
”Wa’alaikum mus salam” jawab Karman.
”Apa pendapat Wak dengan ceramah tadi.’ Tanya Fakih sambil duduk disebelah Wak Karman.
”Tindakan sekumpulan orang Melayu menunjuk perasaan membantah penggunaan Istilah Allah tu memang memalukan orang Melayu sendiri.’ Kata Wak Karman.
”Nombor satu, orang Melayu suka tergopoh gapah, tidak berfikir dan tidak bertindak berdasarkan ilmu” Wak Karman menarik nafas panjang.
”Nombor dua, orang Melayu sebenarnya ramai yang memang tidak belajar akidah Islam. Sekadar ikut-ikut atau disebabkan emak bapak Islam maka dia pun Islamlah". Kata Wak Karman lagi.
”Ini amat merbahaya kalau orang Melayu terus hanyut dengan perangai mereka sekarang ini”. Sambungnya lagi.
”Engkau pun dengar apa Ustaz tu cakap tadi. Dia bekas mubaligh kristian. Bertahun-tahun dia belajar kitab-kitab mereka. Perkataan Allah memang ada dalam kitab-kitab mereka sejak kitab-kitab tersebut dibukukan. Engkau banyangkan lah, mereka telah menggunakan istilah itu sejak lebih 1000 dahulu, tiba-tiba orang Melayu sekarang meleting melarang mereka menggunakan istilah itu. Logik ke?’ kata Wak Karman lagi.
”Wak tahu, Orang Melayu menentang penggunaan istilah ini kerana takut akidah mereka akan tergugat atau boleh menggugat akidah jenarasi muda.” Wak Karman begitu bersemangat berkongsi pendapatnya.
”Tapi, aku tak nampak macam-mana ia boleh menggugat akidah kalau orang Melayu berpegang kepada akidah yang putus. Engkau fahamkan apa yang aku maksudkan dengan aqidah yang putuskan? Cuba engkau fikir, kalau akidah orang Melayu mantap, lantaklah apa saja yang orang kafir nak kata tentang Allah, yang bercanggah dengan sifat-sifat kesempurnaanNya, ia tidak akan menjejaskan akidah orang Melayu. Masalah sekarang ni, orang Melayu merasa tergugat kerana mereka keliru tidak dapat membezakan siapa Allah yang mereka sembah dan siapa pula Allah yang disembah oleh orang kristian. Ini lagi satu bukti yang menunjukkan orang Melayu memang jahil dalam agama. Allah yang mereka sembah pun mereka tak kenal. Belajar ilmu tauhid tak mahu. Inilah jadinya.” kata Wak Karman lagi.
”Sekarang ini orang-orang kafir telah nampak jelas perkara yang tersirat disebalik peristiwa-peristiwa ini. Mereka sudah ada bukti yang n
"Betul lah Wak. Masyarakat
disogokkan dengan konsep Kongsiraya, kemudian Deparaya. Mereka merasakan ia
tidak salah kerana ia melambangkan kerjasama dan keharmonian kaum berkongsi
kebudayaan dalam masyarakat majmuk. Berapa ramai yang terpengaruh dengan
fahaman yang sedemikian. Inilah padahnya kalau orang Melayu tidak ambil kesah
tentang ajaran Islam” Fakih menyokong kerisauan Wak Karman yang menunjukkan kekesalannya atas sikap orang
Melayu.
”Assalamualaikum.
Rancak nampaknya bersembang” Ustaz Nukman seorang guru Kelas Agama Fardu Ain
dan Integrasi datang meghampiri mereka. Dia duduk dan bersalam dengan Wak Karman
kemudian dia bersalaman pula dengan Fakih.
”Bukan apa Uztaz, kami berbincang tentang masalah akidah yang melanda masyarakat Melayu sekarang ni.” kata Fakih.
”Ooo... menyambong atau mengulas ceramah Ustaz tadi lah ni?” tanya Ustaz Nukman.
”Mana-mana lah Ustaz, yang jelas masyarakat Melayu sekarang ini nampaknya dalam dilema akidah. Kami berbincang tentang fahaman pluralism, kongsiraya, deparaya....hantu raya..”
Belum habis Fakih bercakap Ustaz Nukman memotong kata-katanya. ”Saya pun berkongsi kebimbangan yang sama.” kata Ustaz Nukman.
”Mufti
pun telah menegah perbuatan menggabungkan hari-hari perayaan seperti ini tapi
mereka ambil tak kesah” sambung Ustaz Nukman.
”Hari Raya dalam Islam tak sama dengan hari perayaan kaum-kaum di negara kita ni. Hari Raya itu adalah salah satu dari hari-hari kebesaran dalam Islam dan ianya bukan suatu kebudayaan seperti yang dianggap oleh sesetengah orang. Saya rasa rata-rata orang Melayu tak tahu apa yang dimaksudkan dengan hari raya” sambungnya lagi.
”Hari Raya dalam Islam tak sama dengan hari perayaan kaum-kaum di negara kita ni. Hari Raya itu adalah salah satu dari hari-hari kebesaran dalam Islam dan ianya bukan suatu kebudayaan seperti yang dianggap oleh sesetengah orang. Saya rasa rata-rata orang Melayu tak tahu apa yang dimaksudkan dengan hari raya” sambungnya lagi.
”Betul
Ustaz” kata Wak Karman pula. ”Saya selalu bertanya kepada bakal-bakal
pengantin, apa maksud hari raya. Belum ada yang dapat menjawab dengan betul”
kata Wak Karman yang merupakan Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai bagi kawasan
kariah masjid tersebut.
”Itu baru maksud hari raya. Belum lagi berapa banyak hari raya yang ada dalam Islam.” kata Ustaz Nukman.
”Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji lah Ustaz.” kata Fakih selamba.
”Hehhehh..” Ustaz Nukman tersengeh.
”Hai... buat lawak pula engkau ni” kata Wak Karman pula. Fakih turut tersengeh.
Berdasarkan
apa yang berlaku sekarang, Fakih percaya ramai orang Melayu yang tidak tahu
bahwa orang Islam ada enam jenis hari raya. Hari Raya dalam Islam bukan bermaksud
memakai pakaian baru serba indah, atau menjamu selera berbagai juadah, atau
bernyanyi, menari, bercampur baur bersalam-salaman yang bukan mahram tanpa
nikah, seperti yang dipaparkan didalam TV diserata rumah. Tetapi Hari Raya
bermaksud bertambahnya taat dan amal ibadah kepada Allah.
Dalam Islam sebenarnya ada enam jenis hari
raya, yang pertama; Setiap hari dalam umurnya, dia tidak langsung tercatat
sebarang dosa. Kedua; jika dia dapat meninggal dunia ini dengan penuh beriman. Ketiga; jika dia terlepas dari seksa kubur.
Keempat; jika dia berjaya melintasi titian sirot dengan selamat. Kelima; bila
dia berjaya terpilih memasuki syurga, menjadi ahli syurga. Dan keenam, bila
dapat melihat wajah Allah di syurga. ”Kalau tidak dipelajari ilmu-ilmu Islam,
masakan jumpa perkara-perkara sebegini.”bisik hati Fakih.
Sememangnya
masalah penggunaan istilah Allah oleh orang bukan Islam dalam apa-apa risalah
penerbitan mereka telah mendapat perhatian yang bukan sedikit. Ia bermula apabila Kementerian Dalam Negeri
(KDN) melarang penggunaan perkataan ”Allah” oleh orang bukan Islam. Berikutan
dengan itu, pihak Gereja Katholik telah membawa isu itu kemahkamah. Akhirnya
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan dengan mengenepikan
larangan tersebut iaitu larangan tersebut tidak sah dan batal. Dengan itu juga,
The Herald dan penerbitan bukan
Islam yang lain, boleh menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi
perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
Berikutan dengan itu, berbagai-bagai reaksi timbul
dari kalangan orang Melayu. Ada yang baru tersedar dari kealpaan mereka selama
ini. Baru mereka menyedari bahawa pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya sejak lebih
50 tahun. Baru ada yang bersuara bahawa ramai orang melayu sekalipun bersolat,
ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya
lantaran tidak mempelajari ilmu usuluddin. Mereka berkata, ”Jika kita jelas
dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi,
unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu
nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan
batas-batas iman dan kufur.”
”Tak
hairanlah kalau ayat -ayat al-quran dan hadith nabi diperlekeh oleh orang
Melayu lantaran ramai pemimpin mereka sendiri jahil dalam aqidah.” bisik hati
Fakih.
Fakih terbaca tulisan dari bekas seorang Mufti dalam internet yang telah
melontarkan pandangan beliau untuk tatapan umum. Beliau berkata nama Allah
tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan
itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh
manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil
berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini
berlaku, orang Islam memang wajar menentang dan membantah. Malahan, orang-orang
musyrikin Quraish sebelum Islam pun tidak menamakan tuhan mereka dengan nama Allah,
sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza,
Manat dan seumpamanya.
Fakih bersetuju dengan pandangan beliau tetapi kalau orang melayu sendiri
tak kenal Allah, tuhan yang sebenar itu siapa, macam mana untuk memastikan
orang lain tidak menyalah gunakan nama Allah?
Penulis itu juga berpendapat manusia memang sewajar memanggil tuhan yang
sebenar itu ”Allah”. Ini juga membuktikan bahawa ajaran Islam yang memanggil
tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua
manusia tanpa mengira agama menyat akan
“Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh
kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah
tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyat akan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran
menyebut dalam surah al-Angkabut ayat 63, mafhumnya:
[29:63] “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu
dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu
mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah”
(sebagai bersyukur disebabkan
pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan
akal (untuk memahami tauhid)
Selanjutnya penulis itu menyat akan
bahawa jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya
dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah
agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan
beribadah adalah hak setiap agama.
Beliau juga menulis orang bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah
untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah
dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam
tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam
masyarakat Barat. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan
mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar
diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh
Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak
boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.
Menyebut nama Allah
dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan
mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah
merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu”
adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat
perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah
seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan
Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w :
barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun
Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu
Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu
BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
”Assalamualaikum”
Mazlan pula datang menghampiri mereka yang sedang rancak berbual. Mazlan
berkerja dengan sebuah syarikat swasta dan sudah beberapa hari tidak nampak
batang hidungnya di Masjid.
”Lama
tak nampak?” tanya Fakih.
”Hehhe...
saya out station” jawab Mazlan sambil tersengeh. ”Saya pergi ke Negeri Dibawah
Bayu. Urusan pejabat.” sambung Mazlan lagi. ”Saya dapat satu pelajaran yang
sangat berharga dari lawatan saya kesana” kata Mazlan bersungguh-sungguh.
”Apa dia, kongsikanlah dengan kami” Sampuk Hj Samin pula.
”Apa dia, kongsikanlah dengan kami” Sampuk Hj Samin pula.
”Macam
ni. Beberapa bulan lepas, bukankah kita mendapat berita dari akhbar, dan TV,
berlaku hujan lebat yang berpanjangan dan banyak kejadian tanah runtuh. Tempat
itulah saya pergi” cerita Mazlan lagi.
”Banyak tempat disepanjang jalan raya yang rosak terok dan bekas-bekas tanah runtuh masih banyak, belum dipulihkan sepenuhnya. Saya teringat kata-kata Ustaz dahulu, kalau berlaku malapetaka atau kata orang sekarang ni, bencana alam, itu tandanya amaran Allah kepada manusia disitu”.Mazlan dia sekejap, yang lain kusyuk mendengar ceritanya.
”Banyak tempat disepanjang jalan raya yang rosak terok dan bekas-bekas tanah runtuh masih banyak, belum dipulihkan sepenuhnya. Saya teringat kata-kata Ustaz dahulu, kalau berlaku malapetaka atau kata orang sekarang ni, bencana alam, itu tandanya amaran Allah kepada manusia disitu”.Mazlan dia sekejap, yang lain kusyuk mendengar ceritanya.
”You all tahu tak, saya bukan nak buruk sangka terhadap penduduk-penduduk dikawasan itu. Tapi, saya lihat ada Masjid yang tidak diimarahkan untuk solat subuh.” kata Mazlan lagi.
”Eh... takkan lah” sampuk Wak Karman.
”Betul Wak. Mula-mula saya ingat bangunan Masjid tu surau sahaja kerana ia kecil, boleh muat lebih kurang 300 orang sahaja. Kalau surau tu boleh jugalah dimaafkan. Al-maklumlah ditempat kita ini sekarang ini pun, banyak surau dah tak berbunyi dah. Ini masjid. Terpampang dipapan ken
”Saya kesana untuk solat
subuh. Solat subuh Jumaat. Biasanya kita disini ada sujud sejadah. Jadi saya nak juga berjemaah dengan jemaah
disitu. Tapi tak ada orang yang datang. Masjid tu berkunci. Tandasnya pun
berkunci. Waktu dah masuk. Ada
juga kedengaran laungan azan sayup-sayup dari masjid-masjid atau surau-surau
yang berdekatan. Jauh bunyinya. “ jelas Mazlan lagi.
“Lama saya tunggu. Tak ada orang yang datang. Susah-sudahnya, saya solat seorang diri diruang legar Masjid tu.” Jelas Mazlan.
Semua
yang mendengar termenung sejenak. Apa sudah jadi dengan orang Melayu kita ni,
bisik hati masing-masing. ”Saya tengok ditempat mereka, kemudahan-kemudahan
awam seperti sekolah dan hospital dah cantik. Seronok saya tengok kanak-kanak
perempuan yang pergi sekolah, semuanya bertudung. Jalan raya nya kecil sikit
dari jalan raya ditempat kita ini. Tak tahulah saya mengapa macam tu.” cerita
Mazlan memecah kesunyian.
”Bila
saya bandingkan keadaan masyarakat disitu dengan keadaan kita disini,
rasa-rasanya mereka ketinggalan 30 tahun dari kita.” Mazlan meneruskan
ceritanya.
”Mengapa pulak macam tu?”tanya Fakih.
”Aktiviti utama mereka nelayan dan pertanian. Runah-rumah mereka macam rumah-rumah orang kita sekitar tahun 60’an hingga 70’an dulu. Kilang-kilang elektronik tak ada, yang ada kilang yang berkaitan dengan memproses kelapa sawit.” terang Mazlan lagi. ”Kedai-kedai dibandar tu masih banyak kedai-kedai papan. Ia macam satu nostalgia pula bila terkenang zaman kita sekitar tahun 60an dulu.” mengakhiri ceritanya.
”Mengapa pulak macam tu?”tanya Fakih.
”Aktiviti utama mereka nelayan dan pertanian. Runah-rumah mereka macam rumah-rumah orang kita sekitar tahun 60’an hingga 70’an dulu. Kilang-kilang elektronik tak ada, yang ada kilang yang berkaitan dengan memproses kelapa sawit.” terang Mazlan lagi. ”Kedai-kedai dibandar tu masih banyak kedai-kedai papan. Ia macam satu nostalgia pula bila terkenang zaman kita sekitar tahun 60an dulu.” mengakhiri ceritanya.
”Pada
pandangan aku, pemerintah terlalu memberi tumpuan kepada pembangunan
infrastruktur. Pembangunan kerohanian khususnya pendidikan agama Islam tidak
diberi keutamaan yang sewajarnya. Mata pelajaran agama Islam yang diajar
disekolah-sekolah, semata-mata untuk pengetahuan bukan penghayat an. Lihatlah tajuk mata pelajaran itu sendiri,
pengetahuan ugama Islam.” Hj Samin memberi pandangannya.
”Cuba kita renung bagaimana Rasulullah saw mendidik para sahabatnya dalam membangunkan suatu umah yang cukup hebat di Madinah. Sekarang, para cendikiawan menggelarkan mereka sebagai masyarakat Madani. Adakah Rasulullah mementingkan pembangunan infrastruktur seperti yang kita lihat sekarang? Tidak! Hanya masjid yang baginda dirikan dahulu. Lepas itu keimanan dan ketakwaan yang diberinya tumpuan. Dengan sendirinya, keadaan masyarakat yang jahil telah berubah menjadi masyarakat yang mencipta tamadun yang cukup hebat.
”Cuba kita renung bagaimana Rasulullah saw mendidik para sahabatnya dalam membangunkan suatu umah yang cukup hebat di Madinah. Sekarang, para cendikiawan menggelarkan mereka sebagai masyarakat Madani. Adakah Rasulullah mementingkan pembangunan infrastruktur seperti yang kita lihat sekarang? Tidak! Hanya masjid yang baginda dirikan dahulu. Lepas itu keimanan dan ketakwaan yang diberinya tumpuan. Dengan sendirinya, keadaan masyarakat yang jahil telah berubah menjadi masyarakat yang mencipta tamadun yang cukup hebat.
”Ya
lah.. sekarang ni aku tengok ada usaha-usaha untuk mengusahakan penghayat an islam dari peringkat kanak-kanak. Ada kelas
fardhu ’ain dan amalan mendirikan solat. Tapi
aku dapati ada masalah dalam perlaksanaannya" Wak Karman menarik nafas panjang.
"Contohnya, kekurangan guru yang terlatih. Engkau tahu tak, satu hari tu anak aku balik dari sekolah dan mengadu kepada emaknya. Ustazah dia baca satu ayat
al-quran, tapi anak aku tegor Ustazah tu. Anak aku kata Ustazah sebut tak
betul. Dia ceritalah, emaknya mengajarnya baca begini-begini. Ustazah tu kata
pada anak aku, emak engkau yang baca tak betul. Geleng kepala aku bila dengar
cerita anak aku tu. Bila aku semak balik ayat
al-quran tu, memang betul Ustazah tu dah tersilap kerana dia tak tahu pun hukum
tajwid yang berkait dengan perkataan tu.. Inilah masalah” cerita Wak Karman.
"Contohnya, kekurangan guru yang terlatih. Engkau tahu tak, satu hari tu anak aku balik dari sekolah dan mengadu kepada emaknya. Ustazah dia baca satu a
Masing-masing
termenung mengenangkan realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu. Senyap sunyi seketika. ”Saya
rasalah, Allah telah banyak memberi peringatan kepada orang Melayu dalam negara
kita ni. Contohnya, ribut melanda pasar Romadhan di Melaka. Ribut juga melanda
tapak pesta konsert amal di Ipoh. Hujan lebat dan banjir yang luar biasa di
Johor. Tanah runtuh menimbus pusat tahfiz. Kesemuanya menjurus kepada satu kenyat aan
iaitu Allah telah memberi banyak peringatan kepada orang Melayu, tapi orang
melayu tak sedar-sedar. Masih lagi mengatakan, peristiwa-peristiwa ini adalah
bencana alam, peristiwa terpinggir dan macam-macam alasan lagi.” Fakih memecah
kesunyian.
”Kesedaran
itu datangnya dari Allah. Kita yang diberi kesedaran sewajarnya banyak-banyak
bersukur dan beringat. Hidup ini bukannya lama, yang pasti kematian sentiasa
menunggu. Tiba masanya, samada suka atau tidak, kita akan mati. Entah esok,
entah lusa, tiada siapa yang tahu. ”kata Wak Karman pula.
"Ya tak ya pulak... kes tanah runtuh yang menimbus sebagian dari pusat tahfiz dan pelajar-pelajarnya... ada apa-apa berita terkini ke?" Tanya Wak Karman.
"Saya diberitahu pusat tersebut digunakan untuk menyebarkan ajaran sesat" Kata Fakih.
"Biar betul Fakih" Kata Wak Karman lagi.
"Saya baca akhbar beberapa minggu lepas. Madrasah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh pada 21 Mei lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran ajaran sesat yang dikenali sebagai Juruzon." Fakih mula bercerita.
"Mengikut kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, selepas siasatan dilakukan, ajaran Juruzon ini telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Selangor dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan pada 1996" jelas Fakih.
Masing-masing beristigfar panjang.
"Dalam kegairahan untuk mencari ilmu dan penghayatan Islam, kita kena tengok dulu guru yang mengajar. Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir, Nabi saw bersabda yang mafhumnya, Jangan kamu berguru kepada 'alim sebarang 'alim. Bergurulah hanya kepada mereka yang boleh membawa kamu dari lima kepada lima; Dari ragu kepada yakin; dari riya' kepada ikhlas; dari cinta dunia kepada zuhud; dari takbur kepada tawadu' dan dari bermusuh-musuhan kepada nasihat menasihati dan berkasih-sayang". Ustaz Nukman bersuara yang sejak tadi dia hanya mendengar perbualan Wak Karman dengan rakan-rakannya.
”OK
Wak, assalamualaikum”. kata Fakih.
Kini tinggal Fakih dengan Mazlan masih duduk diruang legar Masjid bersama Uztaz Nukman. Mereka terus berbual, bertukar-tukar pandangan tentang masalah yang melanda masyarakat melayu dewasa ini.
No comments:
Post a Comment